Friday, January 16, 2009

Sekatan Seolah-Olah Islam itu Lemah


Oleh: Abbas Iecothinker


Perbankan Islam yang mula beroperasi sejak 1983 dengan tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad merupakan lembaran baru bagi seluruh rakyat Malaysia untuk beralih kepada sistem perbankan Islam yang merupakan sistem perbankan tanpa faedah (riba').


Ia merupakan langkah pertama ke arah perlaksanaan sistem perbankan tanpa riba secara menyeluruh di Malaysia.


Sebelum ini, persoalan yang sering bermain difikiran saya ialah, mengapa tidak ditukar terus operasi Bank Negara Malaysia(BNM) kepada operasi tanpa riba?


Kenapa masih menggunakan riba atau kadar faedah sebagai elemen utama dalam kegiatan pinjaman modal dan sebagainya?


Tambahan pula, menurut Prof Dr Othman al-Habsyi (INCEIF), sekarang, sistem kewangan dan perbankan Islam sudah menampakkan kejayaan untuk bertapak kukuh di Malaysia. pendek kata, ia merupakan sistem yang berjaya jika dilihat dari sudut peningkatan mendadak terhadap sistem kewangan dan perbankan Islam. Hinggakan, semakain banyak bank-bank konvensional seperti Maybank, Hong Leong Bank, CIMB dan sebagainya, sudah menawarkan produk-produk kewangan dan perbankan Islam(tanpa Faedah). Jadi kenapa tidak bertukar kepada sistem kewangan Islam(tanpa riba)?!


Saya tidak bersetuju untuk melengah-lengahkan lagi penukaran sistem BNM kepada sistem tanpa Riba'!


Saya juga mahukan agar semua perbankan konvensional di Malaysia ditarik balik lesennya dan bertukar kepada sistem perbankan Islam (tanpa faedah/riba'). Ini semua memerlukan kuasa politik untuk diterjemahkan kepada alam realiti. Saya mahu Malaysia mencontohi Pakistan dan Iran yang telah mewujudkan sistem perbankan Islam secara total(tapi dari segi perdagangan antarabangsa, mereka masih terlibat dengan riba'). Ini paradigma saya sepanjang 3 tahun kebelakangan ini.


Tetapi, bila saya dalami betul-betul permasalahan yang berlaku, ada sesuatu yang tidak kena dengan cara saya berkehendakkan sedemikian rupa.


Saya mula semak semula tentang cara saya berfikir dalam hal.


Saya mahukan agar orang menerima Islam secara total (termasuk dalam hal ekonomi tanpa riba). Itu memang keinginan para mujahidin yang cintakan Islam. Oleh kerana itu, saya mahu lihat, bila gerakan Islam berjaya memerintah Malaysia nanti, sistem ini diubah terus!


Iya, secara teorinya senang untuk diperkatakan.


Tetapi, saya perlu sedar, dalam keadaan semasa, ketika Islam sedang berada dipuncak kehinaan(berdasarkan respon semasa para pemimpin dan umat Islam terhadap isu Palestin), dengan wujudnya istilah Islamofobia, serangan pemikiran yang sedang berlaku dan semakin berakar kukuh dalam minda umat Islam, adalah suatu yang tidak sesuai untuk memansuhkan sistem perbankan konvensional ketika ini.


Kita memerlukan tenaga pemikir dan pelaksana yang ramai dalam bidang ekonomi, kewanagn dan perbankan Islam pada masa kini. Krisis ekonomi sub-prima yang sedang berlaku di Amerika Syarikat sebenarnya adalah tanda kebobrokan sistem sosialis, kapitalis dan para pemimpin yang amat jauh dari Islam dan cara hidupnya. Dalam krisis sub-prima ini, saya berpendapat ia merupakan kegagalan sistem sosialis(konsep penubuhan Fannie Mae dikatakan sebagai salah satu konsep sosialis yang diadaptasikan semasa pemerintahan Presiden Roosevelt) dan juga sistem kapitalis(antara ciri utama dalam sistem ini ialah penggunakan kadar faedah atau riba). Melalui apa yang sedang berlaku ini, ia sebenarnya membuka ruang pintu yang cukup luas kepada umat Islam, khususnya para intelektual Islam dalam bidang ekonomi, kewangan dan perbankan Islam untuk mempromosikan sistem ekonomi Islam kepada masyarakat dan mempergiatkan lagi kajian berkaitan dengan sistem ekonomi Islam.


Ia tugas besar dan berat yang harus dipikul oleh umat Islam seluruhnya. Khususnya generasi baru masa kini.


Pendidikan dan kefahaman tentang kewangan Islam mesti terus dilakukan agar masyarakat dapat memahami dengan sebenarnya.


Sekiranya pendidikan dan promosi tentang ekonomi Islam kepada masyarakat giat dijalankan, pada masa yang sama, para intelektual Islam meneruskan kajian tentang pengaplikasian ekonomi Islam dalam hidup masyarakat serta gerakan-gerakan Islam turut sedaya upaya memperjuangkan isu pengamalan cara hidup Islam secara total kepada seluruh umat Islam di Malaysia sama ada di Parlimen atau di mana-mana sahaja medan perjuangan, saya yakin, satu hari nanti, Islam akan dapat diterima umum sebagai agama yang benar dan mampu membawa kesejahteraan hidup kepada manusia sejagat.


Dengan itu, tidak perlu lagi pergantungan secara mutlak dalam aspek perundangan untuk menutup terus sistem perbankan konvensional di Malaysia. Permintaan terhadap sistem perbankan konvensional akan sendiri menguncup kerana masyarakat sudah semakin faham dan mula bertindak untuk beralih kepada sistem ekonomi Islam.


Usaha ini elibatkan semua pihak, khasnya para pelajar universiti yang ada kesedaran untuk berjuang demi Islam. Asah kepakaran anda dalam setiap bidang yang diceburi. Itu jihad anda untuk Islam!


Juga tanggungjawab dan jihad saya untuk Islam.


Ada sesiapa yang ingin bersama-sama dalam perjuangan ini?


Ayuh kita buktikan...


P/S: Islam itu adalah agama Allah. Dia akan pelihara dan menjaganyaNya. Dia akan tetap memilih umat manusia yang sudi berjuang untuk Islam. Perkasakan kemahiran mengurus diri untuk perkasakan kemahiran mengurus sistem. Penulisan ini ditulis tanpa menafikan kesedaran yang semakin bertambah terhadap Islam dan semakin meningkatnya para mualaf.



Wednesday, January 14, 2009

Tanda Kejayaan Mereka, Tanda Kebangkitan Kita

Prof. Dr. Hassan Hanafi

Oleh: Abbas Iecothinker


Kejadian di bumi Palestin menunjukkan kejayaan pihak Barat dalam usaha untuk membuang semangat jihad umat Islam masa kini. Tidak upayaan umat Islam untuk memberikan reaksi yang tegas dalam hal ini, khususnya para pemimpin umat Islam, memperlihatkan hampir semua pemimpin Islam seolah-olah sudah hilang semangat jihad.

Sedikit demi sedikit umat Islam dijauhkan dari menghayati kehidupan menurut al-Quran dan sunnah. Umat Islam hanyut dengan budaya bertaqlid semata-mata. Gagal menghayati permasalahan semasa yang memerlukan penyelesaian segera. Akibatnya, seluruh umat menderita dilibas dengan penyapu oleh orang Barat yang dilihat lebih maju. Hati membentak ketidak puashatian, tetapi hanya sekadar laungan suara dan usaha yang tidak menunjukkan kesatuan umat yang sedang berlaku.

Gerakan Islam masa kini yang menumpukan gerak kerja yang mahu mengembalikan daulah Islam seakan-akan alpa pada akar permasalahan umat. Umat yang kian punah akibat serangan pemikiran, memerlukan 'counter attack' dalam bidang keilmuan dan pemikiran. Kepakaran dalam bidang tertentu adalah keperluan umat Islam masa kini. Bagi para pelajar atau ahli gerakan, sepatutnya tiada lagi istilah 'kos lepas' dengan menggadaikan akademik demi untuk bergerak dalam gerakan Islam. Ini adalah pemikiran yang bersifat pesimistik bagi saya. Ia seolah-olah menafikan potensi yang ada pada umat Islam.

Gerak kerja berjemaah adalah satu tanggungjawab umat Islam, disamping itu, ia memerlukan usaha bersifat fardiah(individu) yang menghendaki supaya kita mendalami sesuatu ilmu.

Pelengkap Kepada Perjuangan

Saya melihat pertubuhan-pertubuhan NGO Islam sebagai pelengkap kepada perjuangan PAS di Malaysia. Gerak kerja PAS yang dilihat seolah-olah memberati agenda mendapatkan kuasa politik di Malaysia telah mewujudkan peluang kepada pihak-pihak lain untuk menyeimbangkan perjuangan PAS tersebut dalam usaha menyeimbangkan gerakan-gerakan Islam dan untuk memperlihatkan kesyumulan Islam dengan lebih berbentuk realiti. Untuk memacu perjuangan dalam PAS, ahli-ahli kaderan PAS perlu ditanamkan sifat berkasih sayang dan menghormati perjuangan umat Islam yang lain melalui wadah yang berbeza seperti JIM, ABIM dan NGO-NGO Islam yang lain.

Kewujudan mereka sebenarnya adalah kekuatan kepada perjuangan PAS untuk memiliki keanggotaan yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dan pakar dalam setiap bidang. Buat NGO-NGO Islam yang lain, kerjasama perlu dipereratkan sesama NGO dan gerakan Islam seperti PAS.

Iya, PAS adalah wadah mencapai kekuasaan politik Islam. Untuk memastikan kelancaran tersebut, setiap ahli-ahli mudanya seperti dikampus-kampus tidak cukup untuk bergerak kerja menjayakan sesuatu program semata-mata, tetapi harus wujud segolongan di dalam kalangan mereka yang mengkaji secara serius untuk memastikan berlakunya kebangkitan ISlam buat kali kedua dalam bidang keilmuan.


Buka minda dan sedia menerima pihak lain. Sifat ini perlu ada dalam setiap ahli gerakan Islam. Kita perlu bersatu dan terus bergerak. Bergerak dalam erti kata berusaha menjadi pakar dalam sesuatu bidang keilmuan, mengkaji sesuatu bidang ilmu dan menyumbang sesuatu yang baru kepada umat Islam. Bukan semata-mata bergerak kerja dalam jemaah seperti yang difahami oleh ahli-ahli muda gerakan Islam masa kini.


Contoh yang boleh dilihat ialah seorang tokoh ahli gerakan Islam Ikhwanul Muslimin iaitu Prof Dr. Hassan Hanafi. Merupakan seorang ahli gerakan Islam kaderan IM di Mesir, juga seorang ilmuan Islam dalam bidang falsafah dan pengkajian pemikiran. Memperlihatkan usaha beliau untuk membawa umat Islam ke dalam satu gagasan yang di panggil Oksidentalisme (Occidentalism) yang pernah pertama kali digunakan oleh seorang pemikir Barat yang bernama Buruma.

Orang Barat merasakan gagasan Oksidentalisme ini merupakan satu gagasan yang mahu menghancurkan orang Barat. Tetapi bagi Dr. Hasan Hanafi, beliau mahau gagasan ini dijadikan tujuan untuk membangunkan semula umat Islam dari sudut Budaya(tsaqafah) dan pemikiran (al-Fikr) umat. Usaha mengkaji pola pemikiran orang barat, budaya hidup mereka dan segala yang berkaitan dengan Barat adalah penting untuk mengembalikan keizzahan Islam.

Jika orang salah faham, ia tentu mengatakan bahawa ini adalah cara dan usaha untuk membawa umat Islam ke arah pembaratan.

Ini adalah tafsiran yang salah. Gagasan Oksidentalism ini adalah gagasan untuk mengembalikan pembudayaan ilmu dalam diri umat Islam agar kembali hebat di mata dunia.

Gagasan ini perlu dihayati dengan serius oleh umat ISlam agar jiwa mereka benar-benar menghayati ajarn ISlam yang mereka anuti. Bukan bertaklid.

Tiada alasan untuk kita agar mengaku beriman semata-mata tanpa pengkajian secara kritikal untuk membuktikan pada diri dan juga dunia bahawa Islam adalah sebenar-benar agama.

P/S: Ahli-ahli muda gerakan Islam perlu lebih terbuka dan lebih memahami isu semasa ummah. Baik bakal ustaz-ustazah ataupun bakal professional dalam segenap bidang. Untuk fahami Islam tidak boleh bertaqlid semata-mata. Belajar dari sejarah.

Saturday, January 10, 2009

Pemerkasaan Institusi Islam Amat Perlu

Oleh: Abbas Iecothinker

Salam Aufklarung,

Apabila golongan berotoriti dalam bidang agama berdiam diri dalam isu semasa umat.

Apabila golongan yang diberi kelebihan dari segi kuasa untuk mengaplikasikan Islam dalam kehidupan masyarakat berdiam diri.

Yang ada hanya kenyataan-kenyataan para pemimpin (belum tentu ulama'). Benar, mereka adalah pemimpin negara, tapi persoalannya di sini ialah di mana para ulama' (sepatutnya mampu menjadi umara')?

Seperti yang diungkapkan oleh Ustaz Maszlee Malik, ada benarnya. Golongan berotoriti agama seakan-akan senyap dengan isu-isu semasa. Kalau tidak dalam semua bidang sekalipun, dalam isu-isu bersifat semasa dan penting ketika ini seolah-olah seperti tidak perlu di utamakan.

Banyak isu-isu semasa seperti isu fitnah-memfitnah yang berlaku sejak beberapa bulan ini, isu berkaitan dengan Muamalat seperti pelaburan dan perniagaan (MLM) sebagai contoh, isu hudud yang sedang hangat diperkatakan oleh para politikus dan sebagainya.Yang ada bersuara ialah para ilmuan yang tidak berotoriti khusus seperti Ustaz Zaharuddin(kagum dengan kesungguhan beliau) dan juga aktivis-aktivis NGO serta para pemimpin parti politik beraliran Islam.

Di mana suara orang yang berotoriti dalam agama? Di mana JAKIM, IKIM, Majlis-majlis dan jabatan-jabatan agama bagi setiap negeri? Terlampau jarang (boleh katakan ada tapi satu dalam seribu) kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.

Sewaktu berada di rumah semasa cuti semester bulan lepas, saya ada menonton beberapa kali program Bicara Mufti (kalau tidak silap saya, di TV 1). Tapi sayang, pada saya, ia belum dapat mencapai objektif kepada golongan yang sepatutnya menjadi sasaran iaitu golongan muda. Saya yakin, para muda-mudi Islam akan bosan dengan pendekatan yang dibawa. Saya sendiri melihat pendekatan penyampaian kuliah tersebut perlu diubah. Secara jujur, saya lebih suka kuliah agama dalam rancangan televisyen yang dimoderatorkan oleh TG Nik Abdul Aziz dan Ustaz Aqil Haai. Kedua-dua figur ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ataupun, Dr. MAZA juga. Tapi, pandangan dan keilmuan mereka berkaitan dengan Islam amat jarang dikupas dengan lebih serius di media arus perdana. Untuk Ustaz Aqil Haai, beliau sudah ada rancangan tersendiri.

Adalah tidak hairan apabila wujudnya golongan-golongan yang mendakwa mereka adalah golongan yang ingin membawa pembaharuan di dalam Islam seperti Sisters In Islam, Islam Liberal dan sebagainya kerana kewujudan mereka adalah bukti wujudnya kekurangan dalam institusi keagamaan yang 'legal' untuk memberi kefahaman yang sahih tentang Islam kepada umat serta bersifat semasa(waqi'iyyah).

Amanat Buat Generasi Muda

Buat generasi muda yang sedang mendalami apa-apa bidang dan kepakaran sekalipun, seimbangkan kepakaran dengan memahami Islam. Juga buat penuntut agama, jangan mudah berpuas hati sekiranya anda dapat menghafaz al-Quran 30 juzuk dan Hadis Nabi SAW beribu-ribu. Lebih dari itu sepatutnya anda mampu untuk menterjemahkan hafazan-hafazan tersebut berbentuk realiti dan mampu diamalkan oleh umat Islam.

Ini tugas berat yang WAJIB dipikul oleh setiap anak-anak muda Islam masa kini.

Aspek pendidikan dualisme (mengasingkan pembelajaran berbentuk kemahiran dan kepakaran dengan Islam) seperti yang diamalkan ketika ini sebaiknya dapat dihapuskan. Ini merupakan warisan sistem pendidikan yang bertujuan untuk menanamkan sekularisme dalam kehidupan manusia, terutamanya umat Islam. Sistem pendidikan yang dibawa oleh Islam ialah sistem pendidikan bersepadu yang memasukkan elemen ketauhidan dan perkaitannya dengan keilmuan berbentuk kepakaran dan kemahiran.

Pencerahan dalam bidang kehidupan beragama mesti disahut oleh semua anak muda. Jangan rasa susah dengan ajaran Islam kerana Islam mempunyai falsafah tersendiri yang bertujuan memudahkan umat manusia.

Islam adalah agama yang bersifat saintifik. Menggalakkan pengkajian secara berterusan. Akhirnya, akan tetap bertemu dengan Islam.

Jangan diulangi kesilapan lampau yang menyebabkan para ulama' terpisah dengan keadaan realiti umat.

Sekarang adalah masa untuk kebangkitan Islam untuk kali kedua setelah hampir enam hingga tujuh abad kita berada dibelakang dan semakin jauh.

Para pemuda dan pejuang muda Islam perlu rajin membaca dan mentelaah dengan serius karya-karya para refomis Islam serta wajib menjadi hobi dalam hidup masing-masing disamping meneruskan kajian-kajian menurut kepakaran masing-masing.

P/S: Kagum dengan semangat dan idealisma serta perjuangan Ibnu Khaldun, Imam al-Ghazali, Ibnu Taimiyyah, Syeikh Muhammad Abduh, Rashid Ridha, Imam Hassan al-Banna, Prof. Dr. Hassan Hanafi, Muhammad Asad, Prof Muhammad Naquib al-Attas dan ramai lagi para reformis dan intelektual Islam yang lain. Idea-idea mereka perlu diintegrasikan bersama dalam usaha membawa pembaharuan kepada dunia Islam. PERLU DIINTEGRASIKAN BERSAMA, insyaallah, akan dapat formula yang lebih bernas.

Friday, January 9, 2009

Antara PEMIKIR dan Pemikir Dalam Gerakan Islam Kampus



Berfikir untuk sesuatu yang bersifat diluar konteks apa yang diperjuangkan secara langsung atau semasa. (Harap faham maksud ayat ini)


Sebagai contoh, dalam suatu gerakan Islam kampus, semuanya bertindak sebagai penggerak. Penggerak yang melaksanakan segala keputusan yang diputuskan oleh 'pemikir' dalam gerakan Islam kampus itu sendiri.


Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa para penggerak juga dibenarkan berfikir secara kritis tentang idea-idea yang terbaik untuk melancarkan lagi gerak kerja dakwah dikampus dan masyarakat sekeliling. Tetapi ia setakat itu sahaja. Ini yang sedang berlaku.


Manakala, rakan seperjuangan yang berfikir sedikit kritikal, yang berfikir diluar konteks waqi' semasa(kampus dan masyarakat sekitar) dianggap sebagai tidak sehaluan atau berlaku kecelaruan fikrah dalam diri individu tersebut. Oleh itu, orang-orang sedemikian rupa harus di sisihkan dalam gerakan Islam kampus. Ini adalah pemikiran yang dangkal!


Dalam situasi di atas, saya merasakan ia adalah satu kerugian yang amat besar bagi gerakan Islam kampus tersebut. Pada saya, pimpinan gerakan Islam kampus tersebut atau ahli penggerak yang lain masih belum memahami waqi atau mad'u yang ada. Mereka ini tidak menghargai kewujudan sahabat yang berfikiran sedikit berbeza dengan mereka.


Saya merasa optimis dengan ahli yang sedemikian rupa. Ada posisi khas yang kita boleh berikan kepada mereka mengikut kecenderungan mereka.


Perbezaan yang wujud harus dijernihkan dengan memahami maksud yang ingin disampaikan dari sudut pandangan mereka mewakili mad'u yang mereka depani. Memahami dengan maksud memahami, bukan talam dua muka.


Adalah lebih baik, para pimpinan gerakan Islam kampus memikirkan agar diwujudkan satu bidang tugas yang berkaitan dengan meraikan semangat tajdid muda yang ada pada sesetengah ahli.


Berikan tugasan berkaitan dengan melakukan kajian tentang sesuatu bidang, yang ahli gerakan lain tidak lakukan. Ia mungkin juga bersifat global. Pengkajian berkaitan dengan ekonomi dunia, pemikiran global, psikologi manusia, politik antarabangsa atau apa sahaja bidang yang membuatkan mereka senang untuk melakukannya. Jangan dikongkong mereka dengan fahaman sehala yang boleh menjemu dan menjelekkan mereka.


'Asyik-asyik Hassan al-Banna..asyik-asyik syed Qutb.. Tak de tokoh lain ke?'


Jika persoalan ini timbul, maka jangan disalahkan para mad'u. Adalah menjadi kesilapan para naqib yang bertindak, seolah-olah mendoktrin secara paksa tentang Islam yang difahami oleh para naqib itu sendiri (bukan Islam yang sebenar, kerana Islam yang sebenar amat luas konsep dan ruang lingkupnya).


Jadi, Gerakan Islam Kampus mestilah mampu untuk melatih pemikir Islam yang bernas dan lebih bersifat global. Mesti ada satu golongan yang kritis dan mampu mempersoalkan perjalanan gerakan Islam yang sedia ada (kamps atau nasional) untuk kebaikan gerakan Islam itu sendiri.


Kalau hendak diharapkan 'pemikir' di dalam gerakan Islam kampus itu sendiri, belum tentu lagi mereka mampu untuk memikirkan hal-hal bersifat penyelesaian isu ummah secara global. Masalah dalaman gerakan sudah cukup memeningkan untuk difikirkan penyelesaiannya, inikan pula untuk memikirkan perkara lain yang lebih kompleks.


Sedangkan kita memerlukan orang-orang sedemikian rupa pada masa kini. Orang-orang yang mampu mengurusi sistem. Mampu mewujudkan metodologi dan mekanisma baru dalam mengurusi dan menyelesaikan masalah umat secara aktual. Tidak terikut-ikut dengan sistem semasa yang berbeza falsafahnya dengan sistem Islam.


Siapa yang mahu berfikir dan bekerja untuk itu semua? Semua ini memerlukan kepakaran. Bukan dengan hanya retorik bahawa Islam mampu menyelesaikan semua masalah semata-mata. Sedangkan pada masa yang sama ia tidak begitu, kerana penganutnya sendiri tidak mahu berusaha menyelesaiakn masalah ummah mengikut metodologi yang Allah ajarkan.


Ahli gerakan Islam di kampus-kampus mesti mempersiapkan diri dengan ilmu yang benar-benar dikuasai. Bukan alang-alang..


Cabaran untuk melakukan penceraahan dalam pemikiran umat Islaam mesti disahut oleh semua anak muda yang cintakan Islam.


P/S: Andai kata masa dapat diputarkan kembali, sudah tentu aku mahu berada di tahun satu semula. Banyak makalah yang perlu aku hadam sebenarnya sebelum bergraduasi nanti....

Tuesday, January 6, 2009

Proses Mencari Pencerahan Melalui Teori Keynes

Oleh: Abbas Iecothinker

Salam Aufklarung,

Kelas pertama pagi tadi ialah berkaitan dengan Institusi Kewangan Dan Pasaran Islam. Minggu ini, kami didedahkan dengan perihal penciptaan wang oleh institusi perbankan.

Saya tertarik dengan satu isu yang diutarakan oleh pensyarah muda saya, Cik Raihana, tentang isu 'mismatch' yang berlaku diantara peminjam (borrower) dan juga pemberi pinjam (lender).

'Mismatch' ini berlaku apabila wujud perbezaan kehendak di antara peminjam dan pemberi pinjam.

Bagaimana ia berlaku?

Sebagai analoginya begini, apabila saya hendak meminjam duit dengan kamu, saya lebih cenderung untuk membayar lambat. Manakala kamu sebagai pemberi pinjam, sudah tentu lebih cenderung untuk menerima hasil pinjaman dari saya secepat mungkin kerana ia adalah duit kamu dan kamu juga mahu menggunakan duit tersebut secepat mungkin untuk tujuan yang lain. Ini yang disebutkan sebagai istilah 'mismatch' dalam kegiatan pinjam meminjam.

Saya teringat pula kuliah pada 2 semester lepas berkaitan dengan subjek Seminar Isu-isu Semasa. Subjek ini mengupas mengenai isu-isu semasa berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Islam yang sedang berlaku. Antara kuliah yang berkaitan dengan isu i ni ialah kuliah yang diberikan oleh seorang Professor dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Pada saya beliau berjaya menghuraikan konsep pinjam meminjam dengan sangat baik sekali. Beliau berjaya merealitikan falsafah pinjam meminjam menurut Islam dengan baik pada kami.

Bila bercakap tentang konsep pinjam meminjam dalam Islam, prinsip yang memainkan peranan utama dalam hal ini ialah murah hati(benevolence). Apabila seseorang saudara kita ingin meminjam sumber kewangan dari kita, konsep ini yang Islam tekankan.

Sebagai contoh, saudara se-muslim kita(belum cakap yang non-muslim lagi) ingin minta tolong untuk meminjam sedikit wang kerana mahu menyelesaikan sesuatu obligasi(tanggungan), sudah tentu sekiranya kita ada sumber kewangan yang lebih(surplus), kita akan dengan murah hati memberikan dia pinjam. Tentang pembayaran, kita secara spontan akan berkata bayarlah bila sudah mampu nanti. Manakala, untuk si peminjam, dia bertanggungjawab menggunakan kepercayaan yang diberikan oleh si pemberi pinjam tadi untuki membayarnya semula sebaik sahaja jika dia mampu.

Ini adalah konsep yang Islam tekankan dalam aktiviti memberi pinjam. Ia berkaitan dengan sifat pemurah, jujur, amanah, berkasih-sayang sesama saudara dan sebagainya. Ini juga belum termasuk lagi dengan peraturan-peraturan yang Allah gariskan di dalam al-qur'an tentang tatacara melakukan transaksi secara berhutang.

Ia berbeza dengan konvensional. Konsep yang ditekankan dalam aktiviti berhutang melalui cara konvensional ialah:

"Memberi pinjam wang, mesti mendatangkan hasil/untung pada aku"

Sebagai contoh, abang kamu mahu pinjam wang dari kamu kerana dia sedang berada dalam kesusahan dan amat perlukan wang dengan kadar segera. Jadi, kamu akan memberikan wang tersebut dan memberi peringatan pada abang kamu agar dia dapat membayar lebih sedikit dari nilai wang yang dipinjam kerana sepatutnya kamu mahu gunakan wang tersebut untuk beli motor , tetapi abang pula mahu pinjam sejumlah wang tersebut. Ini menyebabkan kerugian masa untuk mengumpulkan semula sejumlah wang tersebut.

Boleh jelaskan pada saya, adakah kamu bermurah hati dalam hal ini atau sebaliknya?

Sistem inilah yang sedang bermaharajalela di dunia kita sekarang. Sifat individualistik menguasai pemikiran dan cara hidup umat manusia, terutamanya umat Islam. Adalah lebih pelik lagi, orang yang terlibat dalam sistem riba ini ialah orang yang berkobar-kobar berkata bahawa mereka memperjuangkan Islam!!

Sedangkan sudah secara terang-terangan sistem konvensional ini menyebabkan lebih ramai orang ditindas. Jika tidak mampu beri pinjaman, jangan bagi pinjam! Ataupun, melalui cara Islam, wujudkan perniagaan dan perkongsian modal. Ekonomi Islam amat menggalakkan pemilikan secara ekuiti berbanding berhutang(debt).

Ini konsep yang disarankan oleh Islam berkaitan dengan cara bermuamalat.

Persoalannya?

Persoalan yang sedang bermain diminda saya, bagaimana untuk menanamkan kembali rasa ukhwah Islamiyyah, berkasih sayang, bertoleransi, jujur dan amanah ini dalam kalangan muslim pada hari ini, khususnya di era globalisai ini yang amat menghimpit pemikiran umat Islam.

Saya yakin dengan lahirnya sikap-sikap fitrah tersebut, maka sistem ekonomi secara keseluruhannya akan bertambah baik dan tidak akan wujud lagi kes-kes seumpama krisis sub-prima di Amerika Syarikat yang memberi kesan yang amat besar kepada negara mereka sendiri dan dunia amnya.

Teori ekonomi Keynes sedang bermain dikepala saya. Menurut buku An Introduction Of Islamic Finance and Economic yang di terbitkan oleh CERT, beliau tidak menyokong konsep kadar faedah(interest rate) ini.

Betul ke?

Adalah lebih baik saya selongkar sendiri teori-teori yang beliau kemukakan dalam The General Theory dan A Treatise on Probability. Tapi setakat ini, saya mungkin hanya dapat intipati pemikiran beliau di 3 buah buku yang saya jumpa di perpustakaan iaitu "Keynes's Vision", "The Philosophy Of Keynes's Economics" dan "Keynes's General Theory, The rates Interest and 'Keynesian' Economics".

Harap ada sesuatu yang dapat diambil melalui buku ini sebagai bahan kajian lanjut.

P/S: DOakan saya agar diberi kekuatan untuk membaca buku-buku tersebut.

Monday, January 5, 2009

Gagasan Idea Pencerahan Pemikiran Umat Islam

Oleh: Abbas Iecothinker
Salam Aufklarung,


Alhamdulillah, tidak sia-sia rasanya dengan melakukan pembelian sebuah buku yang agak ringkas, sekitar 175 muka surat, tetapi isinya mampu untuk memberikan suntikan baru untuk melakukan anjakan paradigma dalam cara saya berfikir(the way of thinking). Buku yang saya maksudkan ialah "Serial Dialog Pencerahan Afkar: Orientalisme vis a vis Oksidentalisme". Ia merupakan satu buku yang mengumpulkan siri dialog yang pernah dilakukan oleh Afkar. Buku terbitan Pustaka Firdaus itu telah membuka pemikiran saya agar lebih telus dalam usaha memastikan Islam sentiasa terbela dan sifat kesejagatannya sentiasa terbukti.


Oksidentalisme Sebagai Idea Pembaharuan Umat


Antara siri dialog yang saya amat tertarik ialah di antara Afkar dengan Prof Dr. Hassan Hanafi. Untuk lebih mengenali beliau boleh klik sini, dan sini. Idea beliau ialah mengenai kewujudan para Oksidentalisme(occidentalisme) yang merupakan sekumpulan pengkaji yang melakukan kajian tentang dunia Barat. Ia merupakan suatu gagasan besar seperti mana yang pernah dilakukan oleh para Orientalisme. Jangan pelik sekiranya Barat mengatakan bahawa gagasan Oksidentalisme yang dibawa ini adalah merupakan musuh mereka! Seperti yang terdapat di sini. Sedangkan menurut DR. Hanafi, ia bukan sebagai medan untuk bermusuh, tetapi lebih kepada untuk mempelajari dan memahami dunia Barat untuk pembangunan Ummah. Ia sebagai wasilah(al-wasail) untuk membangunkan semula umat Islam ketika ini. Bukan sebagai tujuan dan matlamat(al-Ghayah)!


Oksidentalisme ini dilakukan dengan mengkaji sejarah peradaban Barat, pola pemikiran mereka, kebudayaan dan cara hidup mereka. Sudah tiba masanya untuk kita menjadikan dunia Barat sebagai subjek kajian kita setelah hampir 7 abad kita menjadi bahan kajian mereka.


Menurut beliau lagi, Fasa peradaban Islam dapat dibahagikan kepada tiga fasa. Pertama ialah fasa permulaan yang juga sebagai fasa keemasan, iaitu sejak Zaman Rasulullah SAW hingga ke zaman Ibnu Khaldun(Abad 9M-13M). Fasa Kedua ialah Fasa Kejatuhan atau Kemunduran. Ia juga dikenali sebagai Fasa Jumud atau Taklid yang menimpa umat hampir enam hingga tujuh abad (Sekitar abad 13M-19m). Kemuncak kejatuhannya ialah ketika zaman Empayar Savavid yang berpusat di Iran(Parsi), empayar Mogul di India dan Empayar Uthmaniyyah di Turki yang secara mutlaknya runtuh pada abad ke 19. Fasa ketiga pula ialah Fasa Kebangkitan Semula (renaissance/ash-Shahwah al-Jajidah) yang dimulai sejak abad ke 19. Antara pelopornya ialah seperti al-Afghani, Syeikh M. Abduh dan sahabat-sahabt seperjuangan mereka dan selepas mereka yang mana projek kebangkitan itu berterusan sehingga kini. Jadi sekarang ini, kita sedang berada dalam kalangan tersebut.


Generasi kita dan seterusnya yang bertanggungjawab meletakkan Islam diposisinya yang sebenar setelah hampir 7 abad Islam di pijak dan dilekehkan.


Perubahan yang perlu dilakukan ketika ini bukan sahaja berkaitan dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kenegaraan, ketenteraan dan sebagainya, malah jauh lebih utama yang harus diubah ialah budaya(tsaqafah) dan pemikiran(al-Fikr) umat Islam.


Melalui Oksidentalisme ini, diharapkan agar umat Islam dapat menguasai epistemologi pengetahuan barat tanpa mencabut akar tradisi mereka dan tanpa perlu berlakunya kehilangan identiti sebagai seorang Muslim sejati. Melalui gagasan idea ini juga diharapkan agar umat islam dapat mengikis anggapan pesemisme dalam kalangan umat manusia dan mengembalikan semula kepercayaan diri, bangsa dan agama khususnya.


Sudah sampai masanya untuk kita melakukan perubahan secara total dalam hidup manusia sejagat. Sudah sampai masanya umat Islam kembali menghayati ayat-ayat al-Quran dan sunnah yang menyuruh kita agar sentiasa berfikir dan meneliti alam fana ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keredhaan serta keampunan Allah.


Sebagai generasi baru umat, seharusnya para muda-mudi Islam mengambil peluang ini untuk terus menggali idea para ilmuan Islam agar dapat menyumbang kepada dunia Islam dan manusia sejagat amnya.


Bukan senang untuk melakukan perubahan. Tapi ia perlu usaha yang bersungguh-sungguh dan pengharapan yang penuh pasrah kepada Allah agar sentiasa dilindungiNya dari kesesatan dalam menjalani kehidupan.

P/S: Buku ini sebagai mukadimah hijrah saya pada tahun ini. Hanya kebenaran yang dicari. Hanya untuk Islam..






Sunday, January 4, 2009

Hasil Mesyuarat O.I.C Yang Sudah Lapuk




OIC GENERAL SECRETARIAT,


JEDDAH 6 MUHARRAM 1430H (3 JANUARY 2009)




The Expanded Extraordinary Ministerial Meeting of the Executive Committee meeting on 3 January 2009, corresponding to 6 Muharram 1430H at the General Secretariat of the Organization of the Islamic Conference, Jeddah, Kingdom of Saudi Arabia;

Recalling the principles and objectives enshrined in the Charter of the Organization of the Islamic Conference and pursuant to the Organization’s resolutions on the Cause of Palestine and Al Quds Al Shareef;

Recognizing the resilience of the Palestinian people in the face of Israeli aggression, and affirming support for their just struggle to regain their inalienable national rights, including their right of self-determination and the establishment of an independent State of Palestine, with Al Quds Al Shareef as its capital, and their right to a just resolution of the issue of Palestinian refugees on the basis of General Assembly resolution 194 (1948) and other relevant UN resolutions;

Reaffirming that the Palestinian territories occupied since 1967, encompassing the Gaza Strip and the West Bank including Al Quds Al Shareef, constitute a single geographical unit;

Asserting that the ongoing brutal Israeli aggression on the Gaza Strip which has claimed hundreds of civilian victims, including children, women and the elderly, is a flagrant violation of international law and of the Fourth Geneva Convention Relative to the Protection of Civilian Persons in Time of War;

Recalling that Israel’s blockade of the Gaza Strip and the severance of fuel, food and medicine supplies constitute collective punishment of the Palestinian civilians resulting in grave humanitarian consequences, a war crime and a blatant breach of international law;

Commending the efforts of the Secretary General and his endeavors to stop the Israeli aggression, addressing its consequences and providing humanitarian assistance to Palestinians in Gaza;

Having considered the report of the Secretary General of the Organization of the Islamic Conference on the Israeli aggression and listened to the Head of the Palestinian Delegation and the interventions of Honourable Ministers and Heads of Delegation;

1. Strongly condemns the ongoing barbaric Israeli assault on the Palestinian people in Gaza, which has claimed the lives of hundreds of civilians, injured thousands, and caused colossal destruction of homes, civilian facilities, infrastructure and places of worship as a blatant violation of international law and war crimes and crimes against humanity, and calls for bringing the culprits to international justice.


2. Requests the international community to act immediately to end the Israeli aggression on the Gaza Strip, to secure an immediate ceasefire, return to calm, and cessation of all hostilities to provide immediate protection for the Palestinian people, and to compel Israel, the occupying power, to lift its oppressive blockade on the Gaza Strip and to open the crossings.


3. Decides to undertake the necessary efforts in coordination with other international and regional organizations including the League of Arab States concerning the immediate convening of the UN Security Council to adopt a resolution compelling Israel to immediately stop its aggression, to lift the embargo and to provide international protection for the Palestinian people.


4. Expresses dismay over the inability of the UN Security Council to take the necessary steps for a ceasefire and demands the Council to fulfill its responsibility for the maintenance of international peace and security without further delay by deciding on and enforcing an immediate and unconditional comprehensive ceasefire and lifting the embargo. In the event of failure by the United Nations Security Council to act immediately, the meeting calls on all OIC Member States to support the call for convening a meeting of the General Assembly under “Uniting for Peace”, in cooperation with other Member States of the United Nations.

5. Calls for the stationing of an international monitoring mission in the Gaza Strip, following the cessation of hostilities, preferably under the UN umbrella, to de-escalate the conflict and stabilize the situation.

6. Requests the Group of Ambassadors of OIC Member States in Geneva to finalize its effort to convene an emergency session of the Human Rights Council on the violation of human rights caused by the Israeli aggression on the Gaza Strip and urges the Council to constitute an international fact finding mission to investigate Israel’s violations of human rights.


7. Calls on the Palestinian factions to end their differences and the state of divisions, and immediately resume national dialogue to ensure Palestinian national unity, serve the higher interests of the Palestinian people and strengthen their ability to continue their just struggle to regain their fundamental national rights, and calls on the Secretary General to continue his efforts to achieve Palestinian national reconciliation, and welcomes the reconciliation efforts sponsored by Egypt.


8. Expresses its appreciation for the humanitarian assistance provided by Member States since the beginning of the Israeli aggression, urges all Member States to provide assistance, and requests the Secretary General to keep up his work with Member States, the Islamic Development Bank and private financial institutions to provide urgent humanitarian assistance to Gaza, and reemphasize its support to the Palestinian National Authority and its legal institutions to address the consequences of the Israeli aggression and assist its efforts to reconstruct the damage caused by the Israeli aggression and occupation, and decides to sponsor a donors conference for this purpose.


9. Requests the General Secretariat to coordinate relief efforts with civil society organizations in Member States to provide urgent humanitarian assistance to the Palestinian people with a view to mitigating the anguish caused by the Israeli aggression.


10. Welcomes the opening of the Rafah crossing by Egypt for humanitarian purposes, and took note of its assurances of readiness to work with concerned parties to allow opening of the crossing continuously in accordance with the agreements of November 2005 to realize the interests of the Palestinian people.


11. Mandates the Secretary General to coordinate with the chairs of the Islamic Summit Conference, the Council of Foreign Ministers and Palestine in order to contact influential international stakeholders and the United Nations with a view to ending Israel’s assault on the Gaza Strip and resolving the attendant humanitarian crisis.


Sumber: OIC Online


Komentar:

Ini merupakan hasil mesyuarat terkini yang dilakukan oleh O.I.C semalam. Keputusan itu mencerminkan seolah-olah para pemimpin O.I.C masih belum mempunyai idea yang lebih bernas selain daripada melakukan sesi dialog, mesyuarat, meminta, dan mengutuk keganasan Israel terhadap umat Islam di Palestin. Melalui hasil mesyuarat tersebut dapat dilihat bahawa usaha mereka tidak jauh beza dengan apa yang dilakukan oleh umat Islam diseluruh dunia pada ketika ini.

Saya rasa, jika mereka bukan pemimpin, mungkin mereka juga akan turun berdemonstrasi membantah sikap 'babarian' yang ditunjukkan oleh rejim Zionis ketika ini. Tetapi mereka merupakan golongan pemimpin, mereka juga mengetuai suara umat Islam seluruh dunia. Keanggotaan seramai 57 buah anggota negara umat Islam memungkinkan wujudnya idea yang lebih bernas dari apa yang telah dipersetujui seperti di atas.
Di sini, saya tidak nampak keberkesanan pertubuhan O.I.C dalam menyelesaikan isu sejagat seperti isu di Palestin ini sebagai contoh.

Isu pemboikotan produk-produk keluaran Yahudi dan sekutunya tidak diputuskan di dalam mesyuarat tersebut. Isu bantuan ketenteraan juga tidak lakukan oleh O.I.C.

Benar, mereka adalah sebuah badan yang 'bersahabat' dengan PBB, tetapi dalam hal-hal umat Islam seperti ini, yang bersangkut paut dengan 'interest' umat Islam, O.I.C sepatutnya lebih tegas. Mereka seharusnya mampu membuat sesuatu keputusan yang baru dalam usaha membangkitkan semula keizzahan Islam.

Adalah menjadi lebih baik sekiranya pimpinan tertinggi O.I.C mewujudkan satu jawatankuasa syura (syura committee) yang terdiri daripada para ulama' muktabar semasa yang saya yakin mampu untuk menghasilkan satu keputusan yang lebih bernas merentasi batasan kepentingan negara masing-masing(jika ada....kita tidak tahu).

O.I.C adalah harapan umat Islam dalam isu ini dan juga sebagai badan yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyelesaikan isu ummah. Tetapi jika O.I.C gagal bertindak dan tiada pembaharuan dalam idea membangunkan ummah, adalah lebih baik O.I.C dibubarkan atau struktur organisasi kepimpinannya dirombak semula untuk diberikan kepada yang lebih layak.

Ummat Islam wajib 'bangun dari tidur yang lena'. Peringatan ini selalu digembar-gemburkan, tetapi ia umpama slogan tanpa isi. Sebenarnya, ummat Islam wajib 'dipukul' dengan kesedaran intelek (pendidikan, tarbiyyah) untuk melahirkan kesedaran realiti(organisasi, gerak kerja yang efektif dan sistematis).